ISU PENGKID
Gejala keruntuhan akhlak dan sosial di kalangan masyarakat Malaysia terutama di
kalangan remaja perempuan semakin menular terutamanya isu pengkid.Senario penyerupaan wanita kepada lelaki ini merupakan satu realiti krisis kehilangan identiti yang amat ketara. Gejala orientasi seksual yang lebih kepada kaum sejenis bukanlah sesuatu yang baru.Menurut sejarah, pada zaman Greek purba, sudah muncul watak seorang lesbian bernama Sappho, penyair wanita yang memuja-muja kaum sejenisnya melalui bait-bait puisi. Beliau telah dianggap sebagai pengasas falsafah lesbian kerana telah menjalinkan hubungan dengan murid perempuannya.
ISTILAH DAN CIRI-CIRI PENGKID
Istilah pengkid merujuk kepada bahasa slanga yang digunakan oleh golongan lesbian di negara ini. Berbeza daripada lesbian, pengkid adalah seorang wanita yang yang beridentitikan lelaki mencintai wanita sepertinya untuk dijadikan pasangan hidupnya. golongan pengkid terdiri daripada kumpulan manusia yang melepaskan diri daripada tanggungjawab agama dan bertunjang nafsu serakah semata-mata. Mereka terpengaruh dengan gerakan kebebasan hak manusia sedunia yang dipelopori oleh negara lain yang menggalakkan hubungan homoseksual.
Golongan pengkid ini mempunyai beberapa ciri iaitu sesama mereka dipanggilnya “Peng” atau “PLU”, perwatakan seperti lelaki, tidak menerima hakikat bahawa diri mereka perempuan, membengkung payu dara sehingga leper, tertarik dengan wanita yang cantik, menjalankan hubungan dengan wanita sahaja (homoseksual), setia pada pasangan , mempunyai ego yang tinggi. Golongan pengkid ini menggunakan warna pelangi sebagai lambang universal pengamal homoseksual.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
Faktor Kromosom
Hal ini mungkin terdapat kekeliruan dalam penentuan kromosom XX perempuan. Hasil kajian di dalam bidang perubatan terdapat segelintir anak perempuan mempunyai kromosom XXY yang bermakna terselit kromosom lelaki di dalam diri mereka. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan jantina secara fizikal di mana mereka mempunyai rupa bentuk wanita, tetapi mempunyai naluri seperti seorang lelaki. Dengan berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis iaitu wanita, golongan ini suka berperanan sebagai seorang lelaki dalam hubungannya dengan pasangan. Walaupun memiliki bentuk fizikal sebagai perempuan tetapi kecenderungannya lebih kepada sifat kelelakian, sehingga menimbulkan konflik dalam diri.
Faktor Persekitaran
Lambakan hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa menjadi salah satu cabang utama lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang berteraskan material dan kepuasan diri sendiri individu yang dipamerkan dalam televisyen terutamanya, akan menggalakkan budaya pengkid dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.
Faktor Keluarga
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Sekiranya sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga ibu bapa cuba mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak-anak tersebut diberi layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan sebagai seorang lelaki. Ibu bapa juga terlalu menggalakkan anak-anak perempuan bergaul dan melibatkan diri dalam aktiviti yang cenderung dilakukan oleh anak-anak lelaki. Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai
No comments:
Post a Comment